Resepi Tart Blueberry

Bahan-bahan Untuk Membuat Tart Blueberry:
180gm butter
50gm minyak sapi
80gm gula aising
250gm tepung jagung
50gm susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil blueberry paste
perwarna purple – agak2
Tepung gandum – agak2 sampai jadi doh

Cara-cara Membuat Tart Blueberry

- satukan minyak sapi , butter dan gula.
- gaul guna senduk sampai berkrim.
- masuk kuning telur. masuk paste dan perwarna purple
- masuk tepung jagung + susu tepung
- masuk tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
- pancit guna guna acuan tart. masuk inti gulung…
- bakar suhu 150′c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak
p/s – inti blueberry sila beli di kedai

sumber: forum cari

Posted in Kuih Raya | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Sagu Gula Melaka

resepi sagu gula melaka

sagu gula melaka

Bahan-Bahan Sagu Gula Melaka

Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-Cara Membuat Sagu Gula Melaka

  1. (Adunan A) Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Posted in manisan | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Apam Balik

Bahan-bahan Apam Balik

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan untuk Inti

1 cawan kacang goreng tumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Cara-cara Menyediakan Apam Balik

  1. Mesinkan telur dan gula (blender pon boleh)
  2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
  4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
  5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
  6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu

Posted in Kuih-Muih | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

Cara-Cara Membuat Kek Coklat Kukus

  1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, danĀ  ayak.
  5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
  7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

 

Posted in Biskut & Kek | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Chocolate Chip Cookies

Bahan-Bahan Chocolate Chip Cookies

190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sudu kecil rata baking soda
1 sudu kecil serbuk koko (lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
1/2 sudu kecil esen vanilla
170 g chocolate chip
170 g badam cincang kasar- di panggang
1 biji telur -yg sedang

Cara-Cara Membuat Chocolate Chip Cookies

  • Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
  • Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
  • Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn chocolate chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
  • Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2. Continue reading
Posted in Biskut & Kek, Kuih Raya | Tagged , , , , , , , , | Comments Off

Resepi Biskut Amos

Bahan-Bahan Biskut Amos

250g butter
6 oz gula halus
6 oz gula perang[brown sugar]
1tsp vanilla essence
2 biji telor [2 kuning &1 putih]
450g self-raising flour
6 oz hersey chocolate chips
150g walnut atau badam
suku sudu teh bicabonate of soda

Cara-Cara Membuat Biskut Amos

  • Pukul butter hingga gebumasokan kedua2 jenis gula tadi,vanilla dan telor dan di kacau rata
  • Masukkan tepung, chocolate chips dan walnut di kacau rata
  • Ambil sesudu adunan tadi dan di letak di atas dulang pembakar
  • Bakar pada suhu 150-170 selama 15-20 minit
Posted in Biskut & Kek, Kuih Raya | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Ayam Berempah Ala Sate

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit serbuk kunyit
garam
gula melaka

Cara-cara:

  • Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga
    hancur.
  • Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.
    Selamat mencuba
Posted in Lauk-Pauk | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , | Comments Off