Bahan-bahan Apam Balik
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning
Bahan untuk Inti
1 cawan kacang goreng tumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim
Cara-cara Menyediakan Apam Balik
- Mesinkan telur dan gula (blender pon boleh)
- Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
- Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
- Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
- Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
- Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.
Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu
