Resepi Badak Berendam

Bahan-bahan:

½ bungkus tepung pulut
8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
3 cawan santan
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 sudu teh garam

Cara-cara:

1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulat­bulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged . Bookmark the permalink.