Resepi Cek Mek Molek

Bahan-bahan:

600 gram keledek (direbus dan dilecek)
2 cawan tepung gandum
Gula (untuk inti) – boleh ditukarkan dengan gula melaka atau gula tebu ikut kesukaan
Garam secukup rasa
minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara:

1) Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
2) Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
3) Panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng hingga kekuning­kuningan dan angkat.

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged . Bookmark the permalink.