Resepi Kuih Bingka Pandan

bingka pandan

Resepi dan gambar kuih bingka pandan oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan membuat kuih bingka pandan

3 biji telur
1 cawan air + sedikit pandan emulco + pewarna hijau 2 sudu kecil
200 ml susu sejat / susu cair (dalam tin)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar butter yang telah dicairkan

Cara-cara membuat kuih bingka pandan

1. dalam mangkuk yang sama, masukkan telur, air, gula, garam dan butter. pukul dengan hand mixer atau blend kan semua bahan tersebut.
2. kemudian masukkan susu cair dan tepung gandum, gaul sebati menggunakan whisk.
3. tapiskan adunan tersebut.
4. panaskan loyang yang telah disapu sedikit minyak dan butter sedikit.
5. apabila loyang tersebut dah panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu 175c selama 1 jam atau sehingga kuih tersebut masak dan ada lapisan hitam diatasnya.
6. sejukkan dahulu sebelum potong.

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.