Resepi Kuih Cara Berlauk

cara berlauk

Resepi dan gambar kuih cara berlauk oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan kuih cara berlauk:

Bahan untuk Inti
200g daging cincang
sedikit minyak untuk masak
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit daun bawang dipotong halus
cili merah dihiris nipis
daun sup dipotong halus
sedikit garam dan serbuk perencah untuk rasa

Bahan untuk Kuih (batter)
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
garam dan gula untuk rasa

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang, perencah dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan oven, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. bakar selama 15-20 minit pada suhu 170c
6. Boleh juga guna dapur gas, masak atas api, menggunakan acuan timah kuih cara.

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged , , , , . Bookmark the permalink.