Resepi Kuih Cara

Bahan-bahan:

300 gram tepung gandum (diayak)
1 biji telur (pukul hingga kembang)
1 cawan santan
4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)
½ sudu teh pewarna hijau
Garam secukup rasa
Gula (untuk tabur)
Marjerin (untuk sapu pada acuan)

Cara-cara:

1) Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2) Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan kedalam adunan
tepung tadi sedikit demi sedikit.
3) Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu
pekat atau cair. Masukkan garam dan gaul rata.
4) Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan.
5) Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
6) Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih
cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged . Bookmark the permalink.