Resepi Kuih Ketayap

resepi kuih ketayap

Resepi dan gambar kuih ketayap oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan untuk Membuat Kuih Ketayap

Untuk kulit,
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
pewarna hijau

Untuk inti kelapa,
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara-cara Membuat Kuih Ketayap

Untuk inti kelapa,
1. masukkan kelapa parut, gula merah, simpulan daun pandan dan secubit garam atas api sederhana.
2. gaul sehingga bercampur dan sebati selama 12-15 minit
3. angkat dan buang daun pandan tersebut.

Untuk kulit,
1. blend sekali air santan dengan daun pandan. tapiskan.
2. masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. masukkan air yang di blend tadi. gaul sebati
3. masukkan telur dan minyak dan gaul lagi.
4. tambahkan sedikit pewarna untuk menghijaukan lagi warna kulit tersebut. (dalam 2-4 titik)
5. masak menggunakan non stick pan senipis yang boleh. jangan buat kulit ketayap terlalu tebal.
6. untuk menyediaakannya, masukkan inti atas kulit dan gulung separuh. kemudian lipat dibahagian sisi kiri dan kanan kedalam dan teruskan gulung hingga rapat.

This entry was posted in Kuih-Muih and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.