popia goreng

Resepi Popia Goreng

popia goreng
Resepi dan gambar popia goreng oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan untuk Membuat Popia Goreng

15 keping kulit popia
1 cawan sayur campur ( atau boleh guna karot dan kobis sagat)
1 cawan isi ayam (dihiris nipis)
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
1/2 kiub perasa ayam
minyak untuk menumis dan goreng
sedikit air
sedikit lada sulah

Cara-cara Membuat Popia Goreng

1. tumis bawang besar sehingga layu, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
2. masukkan sedikit air dan kiub perasa ayam
3. kemudian masukkan lada sulah dan juga sayur campur, gaul sebati dan goreng hingga air kering,
4. ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti kedalam dan mla menggulung, letakkan air disetiap hujung kulit popia untuk melekatkan ia (air sebagai gam). buat sampai habis.
5. goreng popia tersebut hingga kuning keemasan dan ranggup.

Read previous post:
resepi pai tee
Resepi Pai Tee

Bahan-bahan untuk Membuat Pai Tee Kulit pai tee, 75 g tepung beras 115ml air 1/2 sudu teh kapur makan 1...

Close