Resepi Biskut Aiskrim

biskut aiskrim

Resepi dan cara-cara untuk membuat biskut aiskrim

Bahan-bahan untuk membuat Biksut Aiskrim

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
200 gm tepung kastad
100 gm tepung jagung
120 gm gula aising
1 sudu makan pes lemon
50 gm badam halus (blend / tumbuk badam sehingga hancur)
1/2 sudu teh serbuk penaik

Untuk hiasan
Coklat makan yang dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler
Chocolate rice

Cara-cara untuk membuat Biskut Aiskrim

1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan2 lain dan uli hingga sebati.
3. Terap dengan mennggunakan acuan bentuk aiskrim.
4. Bakar biskut dengan kepanasan 150-160°C selama 20 minit.
5. Biarkan sejuk dan celup coklat. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan

This entry was posted in Kuih Raya and tagged , , , , . Bookmark the permalink.