Resepi Biskut Arab

biskut arab

Resepi dan cara-cara membuat biskut arab

Bahan-bahan untuk membuat Biskut Arab

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus (Gula kastor)
125 gm minyak sapi
Pewarna Merah, Hijau dan Kuning

Cara-cara membuat Biskut Arab

1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yang berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Cantumkan 3 warna dan bentukkan adunan bebola saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180’C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula kastor.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged , , , . Bookmark the permalink.