Resepi Kuih Suji

Bahan-bahan:

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara-cara:

Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged . Bookmark the permalink.