Resepi Dodol

Bahan-bahan:

1 gantang tepung pulut,
3 liter air suam,
2 liter santan pekat,
3 kg gula melaka,
3 kg gula pasir

Cara-cara:

Bancuh tepung pulut dengan air suam . Masukkan ramuan tadi ke dalam kuali dan masak atas api sederhana. Bila mendidih masukkan santan. Kacau lagi hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Pastikan dodol dikacau selalu agar tidak melekit. Masak hingga benar benar likat. Sejukkan dan bolehlah dipotong

This entry was posted in Kuih Raya and tagged . Bookmark the permalink.