Resepi Ketupat Sotong

Bahan-bahan:

Sotong bersaiz besar (kalo kecik pun xpe janji rajin nak sumbat)
Beras pulut ( 1/2 kilogram)
Santan kelapa
Manisan (Gula melaka)
Lidi Satay

Cara-cara:

Bersihkan sotong dan asingkan kepala dengan badan
Basuh beras pulut dengan bersih dan toskan
Ambil santan kelapa dan masukkan secubit garam. Kacau sehingga sebati. Asingkan kepada 2 bahagian
Rendam beras pulut ke dalam santan kelapa A dan biarkan beberapa minit
Seterusnya sumbat beras pulut yang direndam tadi kedalam badan sotong
Setelah penuh cantumkan kepala sotong dengan badan dan cucuk dengan lidi.
Setelah itu masak sotong tadi bersama santan B dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan gula melaka dan kacau perlahan-lahan
Biarkan santan tadi kering dan sedia untuk dihidangkan.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged . Bookmark the permalink.