Resepi Kuih Makmor

Bahan-bahan:

1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard

Cara-cara:

Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged . Bookmark the permalink.