Resepi Popia Mini Pedas

Bahan-bahan:

1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka

Cara-cara:

Gulung kulit popia gunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged . Bookmark the permalink.