Resipi Kuih Semperit

kuih semperit

Bahan-bahan:

¾ cawan mentega
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
2 cawan tepung kastard
½ cawan gula
1 biji kuning telur

Cara-cara:

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur serta esen vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul hingga sebati hingga menjadi satu doh. Masukkan dalam acuan semperit dan terapkan di atas dulang pembakar. Bakar hingga kekuningan

This entry was posted in Kuih Raya and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.