Resipi Kuih Siput

kuih siput

Kuih Siput; gambar dan resepi oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan untuk membuat kuih siput

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
60 gram marjerin
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
3 subu besar serbuk cili *
4 sudu besar udang kering *
2 sudu teh jintan putih *
2 sudu teh biji ketumbar *
1 paket serbuk santan
garam dan gula secukupnya
sedikit perasa
5 tangkai daun kari yang dicincang halus
air secukupnya

Cara-Cara membuat kuih siput

1. kisar bahan yang bertanda * dengan sedikit air untuk jadikannya pes.

2. dalam mangkuk yang besar letakkan tepung gandum dan masukkan bahan kisar tadi dan gaul sebati.

3. masukkan telur, marjerin, serbuk santan, garam dan gula secukupnya, serbuk perasa dan juga daun kari yang dicincang halus.

4. gaul sebati bahan tersebut hingga menjadi doh yang boleh diuli. jika terlalu keras, masukkan sedikit air. dan jika terlalu cair, masukkan sedikit tepung. uli sehingga menjadi doh yang sempurna.

5. ambil secubit doh dan lenyek diatas bekas pastry yang bergaris-garis dan gulungkannya menjadi siput.

6. goreng menggunakan minyak yang panas, goreng hingga berwarna keemasan.

This entry was posted in Kuih Raya and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.