Resepi Haniva – Ikan Mentah

resepi haniva - ikan mentah

Resepi dan gambar haniva – ikan mentah dari Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan Haniva

1 potong ikan tenggiri (isi ikan yang lain2 pun boleh)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang rose (bawang merah kecil)
3 tangkai daun sup
1 1/2 biji limau nipis
3 batang cili padi (merah dan hijau)
gula dan garam secukupnya

Cara-cara Memasak Haniva

1. hiris halus isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun sup dan cili padi. gaul sebati.
2. masukkan perahan limau nipis tanpa biji kedalam bahan2 yang sudah dihiris halus dan digaul sebati.
3. perasakan dengan gula dan garam.
4. simpan di peti sejuk seketika. hidang sejuk2 dan sedap dimakan dengan nasi panas.

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , , . Bookmark the permalink.