Resepi Ikan Goreng Thai Melayu

ikan goreng thai melayu

Resepi dan gambar ikan goreng thai melayu dari Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan Memasak Ikan Goreng Thai Melayu

4 ekor ikan kembung yang telah disapu dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng rangup
2 tangkai cili hijau dihiris
2 tangkai cili merah ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris halus
4 sudu tepung jagung + 1 1/2 cawan air
sedikit garam untuk rasa
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
lada sulah

Cara-cara Memasak Ikan Goreng Thai Melayu
1. goreng ikan dan ketepikan.
2. panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis cili merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih sehingga terbit bau.
3. masukkan sos thai, sos ikan, sos tiram dan sedikit lada sulah, gaul rata dan masukkan campuran air dan tepung jagung.
4. gaul sebati, jika kuah terlalu pekat tambahkan air sedikit. pastikan kuah jangan terlalu cair. perisakan dengan garam dan kuah tersebut bolehlah dituang keatas ikan kembong goreng tersebut. selamat mencuba. sedap dimakan dengan nasi panas

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.