Resepi Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
    dan buah cekur sehingga lumat.
  2. Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
    dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
  3. Masukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
    sederhana.
  4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
    gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
  5. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..


Selamat mencuba :D

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , , . Bookmark the permalink.