resepi dan cara-cara menyediakan siakap 3 rasa

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

resepi dan cara-cara menyediakan siakap 3 rasa
resepi dan cara-cara menyediakan siakap 3 rasa

Bahan-bahan untuk memasak Ikan Siakap 3 Rasa:

Sebiji bawang merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dicincang halus
3 hiris halia dipotong dadu
7 biji cili api dipotong bulat
3 ke 4 sudu besar cili kisar
Air asam jawa ikut anggaran, cukup sekadar memberi rasa masam

Sebiji tomato dipotong dadu
Sebiji cili benggala dipotong dadu
Sebiji bawang Holland dipotong dadu
3-4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos nampla
Gula dan garam secukup rasa
Nenas dipotong dadu sedikit sahaja ( jika mahu)

Seekor ikan siakap (saiz sederhana)

Cara-cara memasak Ikan Siakap 3 Rasa:

  1. Goreng ikan siakap yang disalut garam secukup rasa di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat, tuskan minyak dan ketepikan dahulu.
  2. Sediakan kuali bersaiz sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang merah, halia, dan cili api sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga garing. Masukkan air asam jawa secukupnya dan diikuti dengan sos cili, sos tiram, sos nampla, gula dan garam secukup rasa. Pastikan rasa seimbang antara manis, masam dan pedas (3 rasa). Tambah air jika kuah terlalu pekat.
  4. Kemudian masukkan tomato, bawang Holland, cili benggala dan nenas (jika mahu).
  5. Masukkan ikan siakap yang siap digoreng, gaul sebentar dan tutup api

Tips: Gunakan api besar sepanjang proses memasak, masakan ini sesuai untuk dimakan oleh 3-5 orang.

Read previous post:
biskut cheese
Resepi Biskut Cheesecake (Cheesekut)

Bahan-bahan untuk membuat Biskut Cheesecake: 250g cream cheese 1/2 tin susu pekat Biskut Cream Cracker Hup Seng (Nak sedap lagi...

Close