Resepi Kari Ayam Enak

resepi kari ayam

gambar dan resepi kari ayam istimewa oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan membuat Kari Ayam Enak

3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 tangkai kulit kayu manis
10 helai daun kari
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
halba campur
5 sudu besar serbuk kari (serbuk kari ikan pun boleh) jadikan pes dengan melatak sedikit air untuk menumis
1 biji bawang merah ditumbuk
3 cawan air untuk kuah kari ayam (ikut keinginan nak berapa banyak kuah, sedikit atau banyak)
air asam jawa
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 kotak santan KARA
sedikit garam untuk rasa

Cara-cara memasak Kari Ayam Enak

1. panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, halba campur dan daun kari. biar sampai naik bau.

2. masukkan pes serbuk kari dan gaul sebati, biar selama 10-15 minit hingga terbit bau.

3. masukkan air asam, air dan ayam dan biar hingga didih sebentar (10-15 minit)

4. akhir sekali bila ayam dah separuh masak, masukkan santan dan garam untuk rasa.

5. biar ayam reneh sebentar, dan kemudian tutup api apabila ayam masak sempurna. sedia dihidang dengan nasi putih panas.

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.