Resepi Kerabu Terung

Resepi dan cara-cara menyediakan kerabu terung
Resepi dan cara-cara menyediakan kerabu terung

Bahan-bahan untuk memasak kerabu terung

4 biji terung bersaiz sederhana
½ mangkuk ikan bilis
1-2 biji limau nipis
3-4 helai daun limau purut
2-3 tangkai daun ketumbar
4-5 biji cili api
1 sudu besar paras gula kabung (highly recommended), tapi jika tiada, gula biasa boleh digunakan
1 sudu besar sos nampla
1 biji tomato
1 labu bawang besar
Secubit garam

Cara penyediaan kerabu terung

  1. Potong terung ikut kreativiti, gaulkan dengan secubit garam dan bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga kekuningan (mengikut citarasa).
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan biarkan sejuk
  3. Sediakan mangkuk, masukkan garam secubit, sos nampla, gula kabung, hiriskan daun limau dan daun ketumbar, masukkan dalam mangkuk
  4. Potong dadu tomato dan bawang besar, masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati dan potong cili api bulat- bulat dan kemudian perahkan limau nipis
  5. Gaul sebati dan rasa, pastikan cukup rasa manis, pedas dan masam dan sedikit masin. Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis, gaulkan. Biarkan sebentar.
  6. Setelah terung siap dibakar dan dibiarkan sejuk sebentar, susun diatas pinggan dan tuangkan suma bahan dari mangkuk. Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih dan tomyam merah. Selamat mencuba :D
Read previous post:
Resepi Air Masak

Bahan-bahan untuk memasak air Air yang belum dimasak Cerek Dapur gas Cara-cara untuk memasak air Masukkan air ke dalam cerek...

Close