Resepi Masak Lemak Ketam dengan Betik

Resepi dan cara-cara menyediakan masak lemak ketam dengan betik

Bahan-bahan untuk membuat Masak Lemak Ketam dengan Betik

  •  2 biji buah betik dipotong kecil memanjang
  • – Beberapa ekor ketam
  • – Santan
  • – Sedikit kunyit hidup
  • – Sedikit cili kering
  • – Sedikit belacan
  • – Bawang merah
  • – Bawang putih
  • – Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara Menyediakan Masak Lemak Ketam dengan Betik

  1. Tumbuk di dalam lesung cili kering, belacan, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih bersama. Pastikan cili kering tu direndam dahulu lah sebelum tumbuk. Nak kisar pun boleh tapi sebab sikit je pun itu yang tumbuk je.
  2. Perahkan santan terus ke dalam periuk, sebab aku guna santan kelapa jadi kena perah dululah bersama sedikit air. Tinggalkan sedikit pati santan untuk dimasukkan pada akhir sekali biar rasa lemak-lemak tu.
  3. Masakkan santan tadi bersama buah betik agar sedikit empuk. Jika nak tambah kuning lagi pada kuah boleh masukkan sedikit serbuk kunyit.
  4. Kemudian, masukkan pula ketam tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Biar manis-manis sikit.
  6. Biarkan seketika. Bila dah agak masak, masukkan pati santan tadi dan kacau. Tutup api.

Resepi disumbangkan oleh syahbinar.com

Read previous post:
Resepi Raprik Ikan

Resepi Raprik ikanResepi Raprik ikan Bahan-bahan untuk memasak Raprik Ikan Ikan (masakan ini sesuai untuk semua jenis ikan) 1 labu...

Close