Resepi Raprik Ikan

Resepi dan cara-cara menyediakan Raprik Ikan
Resepi dan cara-cara menyediakan Raprik Ikan

Resepi Raprik ikanResepi Raprik ikan

Bahan-bahan untuk memasak Raprik Ikan

Ikan (masakan ini sesuai untuk semua jenis ikan)
1 labu bawang Holland
½ labu bawang putih
2 ke 3 pokok akar daun ketumbar
2 ke 3 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato
11 biji cili api
Gula kabung
Garam
Sos nampla
Minyak masak
Air asam jawa

Cara penyediaan raprik ikan

  1. Gaulkan ikan dengan garam secukupnya dan goreng garing didalam minyak yang banyak.
  2. Sediakan bawang putih, cili api dan akar daun ketumbar. Kisar halus. Kemudian tambah bawang Holland dan tomato, dan kisar lagi.
  3. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Setelah garing tambah air asam jawa, garam, gula kabung dan sedikit sos nampla. Pastikan seimbang rasa manis, masam, pedas dan sedikit masin.
  5. Setelah berpuas hati dengan rasa, susun ikan diatas pinggan dan tuangkan bahan tumisan sebentar tadi.
  6. Tambah daun ketumbar yg dihiris halus sebagai hiasan dan penambah rasa dalam masakan.
  7. Sedia dimakan. Enak dimakan bersama nasi panas dan sayur campur. Selamat mencuba :D
Read previous post:
Resepi Kerabu Terung

Bahan-bahan untuk memasak kerabu terung 4 biji terung bersaiz sederhana ½ mangkuk ikan bilis 1-2 biji limau nipis 3-4 helai...

Close