Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan:

3 kilo kerang hidup
1 batang serai
½ Inci lengkuas
½ Inci halia
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Satu mangkuk santan pekat
Sedikit kerisik

Cara-cara:

Rebus kerang terlebih dahulu.
Blender bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai, cili padi dan cili kering.
Panaskan minyak tumislah bahan kisar itu tadi bersama daun limau purut.
Setelah nampak kering sedikit masukkan kerang yang telah dikupas.
Masukkan santan dan sedikit air. Agak-agak nampak kering masukkan kerisik/bahan perasa dan garam. Masak ramuan hingga kering.

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , . Bookmark the permalink.