Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan:

1 kg daging, dipotong dadu
2 cawan pati santan
2 kuntum bunga lawang
1 camca besar jintan manis
Sedikit garam
1 ½ ketul gula melaka
4 helai daun kunyit, dihiris halus
1 cawan kerisik, ½ biji kelapa (yang masih lembut), dibakar dan diracik halus
8 batang serai-dikisar
200 gm halis-dikisar
200 gm lengkuas-dikisar
300 gm bawang merah-dikisar halus
15 tangkai cili kering-dikisar halus

Cara-cara:

Satukan bahan-bahan dikisar dan daging di dalam kuali. Masukkan santan, bunga lawang, jintan manis, garam dan gula melaka. Masak hingga daging empuk. Masukkan daun kunyit, kerisik dan kelapa yang telah diracik. Masak lagi hingga kering. Angkat dan hidangkan.

Read previous post:
Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan: 3 kilo kerang hidup 1 batang serai ½ Inci lengkuas ½ Inci halia 2 labu bawang merah 5 ulas...

Close