Resepi Rendang Udang

Bahan-bahan:

600 gm udang sederhana besar
3 batang serai
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
10 biji cili padi
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 mangkuk santan, dari sebiji kelapa
20 gm kerisik
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
3 camca teh gula
3 sudu besar cili giling
8 sudu besar minyak
2 camca teh serbuk kunyit

Cara-cara:

Bersihkan udang dan buang kulitnya.
Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.
Daun kunyit dan daun limau purut dihiris halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili giling, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit.
Setelah mendidih, masukkan santan.
Apabila pekat, masukkan udang, garam, serbuk perasa, gula dan kerisik.

This entry was posted in Lauk-Pauk and tagged , . Bookmark the permalink.