resepi dan cara-cara memasak tomyam thai

Resepi Tom Yam Thai Original

resepi dan cara-cara memasak tomyam thai
resepi dan cara-cara memasak tomyam thai

Bahan-bahan untuk membuat Tom Yam Thai:

Halia sebesar ibu jari, ketuk pecah
4 ke 5 batang serai, titikkan
1 ke 2 hiris lengkuas
4 ke 5 biji Tomato dibelah dua
Sebiji bawang merah dibelah 4
2 ulas bawang putih belah 2
Bawang Holland potong biasa

Ayam ½ ekor dipotong kecil
Sedikit Daging
Sedikit Sotong
Sedikit Udang

7 ke 10 helai daun limau purut, koyakkan
¼ Bunga kobis
Semangkuk cendawan tiram
1 Batang lobak merah
1 Biji lada benggala

Gula 1 sudu makan paras
Garam 1 sudu makan paras
Sos nampla (Sos ikan, cap sotong) 2 sudu makan
4 ke 5 biji, limau nipis ambil jus, buang biji
Secekak cili api, ketuk pecah

Cara-cara untuk memasak Tom Yam Thai:

  1. Gunakan periuk saiz sederhana dan rebus air 1/3 periuk. Masukkan halia, lengkuas, tomato, bawang merah, bawang putih. Biarkan mereneh sehingga tomato lembik dan boleh dilengek menggunakan senduk. Kulitnya dibuang. Masukkan garam.
  2. Kemudian masukkan ayam, daging dan serai. Biarkan masak.
  3. Masukkan bawang Holland, daun limau purut, bunga kobis, lada benggala, lobak merah, sotong, udang, biarkan sebentar dan tutup api.
  4. Kemudian masukkan cili api, jus limau nipis, sos nampla, gula, cendawan tiram. Rasa dan tambah mana yang perlu jika rasa kurang.

Nota:

Resipi ni khas dari Thailand, dan tak perlu guna perencah atau sebarang kiub, ayuh semua yakin dengan diri dan yakin dengan masakan kita. Anggaran untuk 3 ke 5 orang makan. Sepanjang memasak, gunakan api besar. Enak dihidang bersama kueh teow atau nasi panas dan telur dadar

Read previous post:
paprik ayam
Resepi Paprik Ayam

Bahan-bahan untuk membuat Paprik Ayam: 3 ulas bawang putih, dicincang halus 1 batang serai, titikkan 3 ke 4 sudu besar...

Close