Resepi Tomyam Putih

resepi dan cara-cara memasak tomyam putih

Bahan-bahan untuk memasak Tomyam Putih

  • Ayam dipotong kecil
  • Udang/sotong
  • 2 biji bawang besar dipotong
  • 2 biji tomato dipotong
  • 1 batang lobak merah dipotong
  • Bunga kobis dipotong
  • Cendawan
  • Daun limau purut
  • Perahan limau nipis/jus limau
  • Beberapa biji cili dititik
  • Beberapa batang serai diketuk
  • Lengkuas diketuk
  • Air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak tomyam putih

  1. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan serai, lengkuas, bawang. Kalau nak masukkan bawang putih pun boleh, tapi aku tak suka sangat sebab bau. Rebus kesemuanya.
  2. Setelah itu, masukkan pula ayam sehingga agak dah masak.
  3. Masukkan daun limau purut, air perahan limau, cili. Kacau.
  4. Masukkan udang/sotong.
  5. Seterusnya, masukkan kesemua sayuran kecuali tomato. Lobak merah nak masukkan di awal sikit takpa biar dia empuk.
  6. Dah agak mendidih, perasakan dengan gula/garam.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi disumbangkan oleh syahbinar.com

Read previous post:
Resepi Masak Lemak Ketam dengan Betik

Bahan-bahan untuk membuat Masak Lemak Ketam dengan Betik - 2 biji buah betik dipotong kecil memanjang - Beberapa ekor ketam -...

Close