sup tok minah

Sup Thai Tok Minah

sup tok minah
Resepi dan cara-cara memasak Sup Thai Tok Minah

Bahan-bahan untuk membuat Sup Thai Tok Minah

Seekor ayam dipotong kecil
2 liter air
2 batang serai dititik
2 inci halia diketuk
2 ulas bawang putih dikisar
1 labu bawang besar dikisar
Setengah sudu kecil serbuk jintan manis
Setengah sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk rempah biji
Rempah ratus serba sedikit (bunga lawang 2 kuntum, bunga cengkih 4 kuntum, kulit kayu manis 1 batang, buah pelaga 4 biji)
Daun ketumbar
4 biji kentang
1 sudu besar sos nampla
Garam secukup rasa dan gula sedikit (1 sudu kecil) sahaja

Hidangkan bersama:
Daun bawang
Bawang goreng
Perahan limau nipis
Cili api

Cara-cara untuk menyediakan Sup Thai Tok Minah

  1. Rebus air, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bang putih yang telah dikisar. Kemudian masukkan serai, halia, semua rempah, kentang dan diikuti ayam. Tambah garam dan gula sedikit sahaja.
  2. Reneh sebentar sehingga ayam masak dan kentang empuk masukkan sos nampla dan daun ketumbar.
  3. Kemudian sediakan daun bawang, bawang goreng, cili api dan limau nipis.
  4. Hidangkan sup dan perah air limau nipis, masukkan sedikit bawang goreng, potongan daun bawang dan cili api yang diketuk pecah.
Read previous post:
serawa durian
Resepi Serawa Durian

Bahan-bahan untuk membuat Serawa Durian 1 biji buah durian, kupas dan ambil isi jangan dibuang biji. 1 kotak santan -...

Close