Resepi Puding Roti Cip Coklat (Kukus) Dengan Sos Kastad

Resepi dan cara-cara membuat puding roti dengan cip coklat
Resepi dan cara-cara membuat puding roti dengan cip coklat

Bahan-bahan untuk membuat Puding Roti:

5 keping roti
1/2 cawan susu sejat
2 sudu besar gula halus
3 biji telur
Esen vanilla
Cip coklat
Planta

Cara-cara menyediakan Puding Roti:

  1. Sapu planta/marjerin/butter pada kedua-dua bahagian roti
  2. Koyak-koyakan atau hiris roti menjadi cebisan kecil dan susun di dalam bekas
  3. Kacau dengan sebati (boleh juga di blend) telur, gula halus, esen vanilla dan susu sejat.
  4. Ratakan sebatian tadi di atas roti yang telah disusun.
  5. Taburkan cip coklat diatas roti tadi.
  6. Kukus dalam 30-45 minit.
  7. Puding roti yang telah siap dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan untuk membuat Sos Kastad:

3 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan susu sejat
3 sudu besar gula halus
1/4 cawan air

Cara-cara menyediakan Sos Kastad:

  1. Masukkan tepung kastad, gula dan susu sejat ke dalam periuk yang dipanaskan dengan suhu sederhana.
  2. Kacau hingga pekat. (boleh tambah air jika sos terlalu pekat)
Read previous post:
Resepi dan cara-cara membuat Bubur Santan
Resepi Bubur Santan

Bahan-bahan untuk membuat Bubur Santan: 1 cawan beras santan 1 kotak kecik serai garam gula Sambal 2 ulas bawang putih...

Close