serawa durian

Resepi Serawa Durian

serawa durian
Resepi dan cara-cara membuat serawa durian

Bahan-bahan untuk membuat Serawa Durian

1 biji buah durian, kupas dan ambil isi jangan dibuang biji.
1 kotak santan – 200ml
secubit garam
1 batang gula melaka diracik halus
4 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan disimpulkan.
4 kotak air (gunakan kotak santan tadi) – ikut kesesuaian, nak pekat lagi boleh kurangkan air

Cara-cara untuk menyediakan Serawa Durian

  1. Panaskan gula melaka dengan air.
  2. Simpulkan daun pandan dan masak bersama gula melaka. Agak gula dah cair boleh masukkan santan.
  3. Masukkan santan dan kacau, gunakan api yang kecil
  4. Masukkan durian sedikit demi sedikit. Jangan kacau terlalu kuat agar isi durian tidak hancur
  5. Masukkan gula pasir
  6. Sedikit garam secukup rasa.
  7. Masak sampai mendidih

Tips: Serawa durian ini enak dimakan bersama pulut, roti ataupun roti jala

Read previous post:
resepi dan cara-cara menyediakan siakap 3 rasa
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan untuk memasak Ikan Siakap 3 Rasa: Sebiji bawang merah dipotong dadu 5 ulas bawang putih dicincang halus 3 hiris...

Close