Resepi Nasi Ayam

resepi nasi ayam

resepi dan cara-cara membuat nasi ayam

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Ayam

Bahan Nasi

1kg beras (dibersihkan)
1 ekor ayam
1 biji timun
3 helai daun pandan
Air rebusan ayam
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A (dikisar)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
2cm kunyit

Bahan B
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan C (sos)
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap
2 sudu besar madu

Cara-cara memasak Nasi Ayam

  1. Rebus ayam selama 20 minit. Angkat dan toskan.
  2. Bahan A dibahagi 3. Satu bahagian dicampurkan dengan bahan C untuk dijadikan sos.
  3. Satu bahagian lagi digaul dengan ayam dan perapkan selama 1 jam.
  4. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan B dan masukkan lebihan bahan A tadi.
  5. Masukkan air rebusan ayam, beras, daun pandan dan garam. Masak sehingga nasi kering.
  6. Hidangkan nasi ayam bersama sup dan sosnya.
This entry was posted in Nasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.