Resepi Ayam & Sayur Masak Paprik

Bahan-bahan:

500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
  • Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya.
  • Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.
Posted in Lauk-Pauk | Tagged , , | Comments Off

Resepi Ayam Percik Special

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa.
  3. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
  4. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
  5. Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)
  6. Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.
Posted in Lauk-Pauk | Tagged , | Comments Off

Resepi Ikan Cencaru Goreng Terutup

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru (bersihkan)
-lada kering*
-bawang merah*
-sedikit halia*
-2 batang serai*
-air asam jawa
-garam,gula & sedikit perasa
-minyak masak
(kisar bahan yg bertanda * )

Cara-cara:

  1. goreng ikan cencaru
  2. panaskan minyak
  3. masukkan bahan2 yg dikisar tadi
  4. biarkan hingga naik bau
  5. masukkan sebatang serai yg telah dititik
  6. masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi
  7. masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa..
  8. biarkan selama 2 minit
Posted in Lauk-Pauk | Tagged | Comments Off

Resepi Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan untuk Resepi Ikan Siakap Kukus:

seekor ikan siakap(sederhana besar)
-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

Cara-cara:

  1. ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).
  2. masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.
  3. hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
  4. masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.
Posted in Lauk-Pauk | Tagged , , , , , | Comments Off

Resepi Daging Gulung Bakar

Bahan-bahan:

4 biji kentang, direbus dan dilenyek
200 gm keju parut
Sedikit garam
½ camca teh serbuk lada putih
1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus
1 cm halia, dikisar
Sedikit daun ketumbar
5 ulas bawang putih, ditumbuk
500 gm daging cincang
2 batang lobak merah, diparut

Cara-cara:

  1. 1 cm halia, dikisar
  2. Sedikit daun ketumbar
  3. 5 ulas bawang putih, ditumbuk
  4. 500 gm daging cincang
  5. 2 batang lobak merah, diparut

Posted in Lauk-Pauk | Tagged , | Comments Off

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 – 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Cara-cara:

  1. Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing.
  3. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
  4. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.
Posted in Lauk-Pauk | Tagged , , | Comments Off

Resepi Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
    dan buah cekur sehingga lumat.
  2. Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan
    dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
  3. Masukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
    sederhana.
  4. Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
    gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
  5. Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi..


Selamat mencuba :D

Posted in Lauk-Pauk | Tagged , , | Comments Off