Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Cara-cara:

  1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  3. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
    Posted in Lauk-Pauk | Tagged , | Comments Off

    Resepi Kuih Cara Berlauk

    Bahan-bahan:

    Bahan untuk Inti
    1 cawan daging kisar
    1 labu bawang besar (potong dadu)
    1 ulas bawng putih….cincang halus
    1 sudu makan rempah kurma
    1 sudu teh minyak
    Garam secukup rasa
    Daun bawang (hiris)
    Cili merah (hiris)

    Bahan untuk Kuih
    1 cawan santan
    2 cawan air
    1 biji telur
    Garam secukup rasa
    Pewarna kuning

    Cara-cara:

    Untuk Inti
    1) Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
    2) Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
    3) Angkat dan sejukkan.

    Untuk Kuih
    1) Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.
    2) Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
    3) Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah
    disediakan.
    4) Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
    periuk.
    5)Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih
    cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off

    Resepi Kuih Cara

    Bahan-bahan:

    300 gram tepung gandum (diayak)
    1 biji telur (pukul hingga kembang)
    1 cawan santan
    4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)
    ½ sudu teh pewarna hijau
    Garam secukup rasa
    Gula (untuk tabur)
    Marjerin (untuk sapu pada acuan)

    Cara-cara:

    1) Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
    2) Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan kedalam adunan
    tepung tadi sedikit demi sedikit.
    3) Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu
    pekat atau cair. Masukkan garam dan gaul rata.
    4) Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan.
    5) Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
    6) Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih
    cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off

    Resepi Cek Mek Molek

    Bahan-bahan:

    600 gram keledek (direbus dan dilecek)
    2 cawan tepung gandum
    Gula (untuk inti) – boleh ditukarkan dengan gula melaka atau gula tebu ikut kesukaan
    Garam secukup rasa
    minyak masak (untuk menggoreng)

    Cara-cara:

    1) Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
    2) Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
    3) Panaskan minyak di dalam kuali.
    4) Goreng hingga kekuning­kuningan dan angkat.

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off

    Resepi Kuih Buah Melaka (Ondeh-ondeh)

    Bahan-bahan:

    1 bungkus tepung pulut
    1 cawan tepung gandum
    1 sudu garam
    ½ sudu teh pewarna hijau
    2 helai daun pandan
    Air secukupnya
    2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
    1 biji kelapa parut

    Cara-cara:

    1) Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi
    doh.
    2) Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
    3) Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
    4) Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola timbul apabila
    masak. Angkat dan taburkan kelapa parut

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off

    Resepi Badak Berendam

    Bahan-bahan:

    ½ bungkus tepung pulut
    8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
    ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
    3 cawan santan
    1 cawan gula merah
    1 cawan air
    1 sudu teh garam

    Cara-cara:

    1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
    2) Panaskan kukusan.
    3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
    lembut.
    4) Bentukkan doh lembut bulat­bulat dan isi inti di dalamnya.
    5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
    6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
    7) Kemudian kukus hingga masak.
    8) Sejukkan

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off

    Resepi Abuk-abuk

    Bahan-bahan:

    300 gram sagu biji
    1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
    ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
    Daun pisang (dipotong segi empat sama)
    Garam secukup rasa
    Lidi (kerat kecil) untuk sematan
    2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

    Cara-cara:

    1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
    2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
    3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
    campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
    4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
    5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
    tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
    6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
    7) Kukus selama 30~40 minit.

    Posted in Kuih-Muih | Tagged | Comments Off