Resepi Udang Goreng Bijan

resepi udang goreng bijan

Resepi dan gambar udang goreng bijan dari Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan Memasak Udang Goreng Bijan

300g udang saiz besar
3 biji telur
bijan putih dan hitam (untuk salut)
tepung biasa (untuk salut)
garam dan lada sulah untuk rasa.
lidi satay
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Memasak Udang Goreng Bijan

1. cuci udang, buang kulit kecuali ekor.
2. perasakan udang dengan sedikit garam dan lada sulah.
3. cucuk udang pada lidi satay supaya waktu menggoreng udang tersebut tidak tersimpul.
4. salutkan udang dengan sedikit tepung gandum
5. kemudian celup udang pada telur yang sudah dipukul.
6. taburkan bijan pada udang sehingga menutupi udang tersebut.
7. goreng udang sehingga kekuningan dan ranggup, angkat dan toskan minyak.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.